Lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri Yaakob hari ini
Astro Awani
Julai 19, 2021 21:18 MYT
Julai 19, 2021 21:18 MYT
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah mempertingkatkan penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang-kilang dan premis-premis perniagaan kerana terlalu banyak perlanggaran arahan kerajaan dan prosedur operasi standard (SOP) yang telah diwartakan.
Berikut lima tumpuan yang digariskan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini (19 Julai):
1) Sebanyak 31 buah kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal patuh SOP
2) Seramai 541 individu ditahan kerana ingkar SOP sementera 492 dikompaun, 20 (direman) dan 29 (dijamin).
3) Op Benteng yang dijalankan pihak berkuasa menangkap 11 pendatang asing tanpa izin serlain rampas tujuh buah kenderaan darat.
4) Sebanyak 890 sekatan jalan raya (SJR) telah diadakan.
5) Sebanyak 181 operasi disinfeksi telah dilaksanakan di seluruh negara.