Lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri Yaakob 7 April
Astro Awani
April 7, 2021 18:24 MYT
April 7, 2021 18:24 MYT
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan secara kumulatif seramai 676,384 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 35,007 majikan.
Daripada jumlah itu, seramai 10,162 orang telah disahkan positif COVID-19 manakala 666,222 lagi adalah negatif. Sehingga kini, sebanyak 1,544 buah klinik telah terlibat dengan program saringan ini.
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 7 April:
1. 92 individu ditahan, 88 dikompaun, 4 direman.
2. Op Benteng tangkap 43 Pati, rampas 3 buah kenderaan darat.
3. 257 Sekatan Jalan Raya (SJR) dilakukan pada Selasa
4. 765 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa, semuanya telah dikuarantin
5. Pada Selasa, 1,776 warga asing jalani ujian saringan, 11 didapati positif COVID19.