Lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri Yaakob 25 Jun
Astro Awani
Jun 25, 2021 20:56 MYT
Jun 25, 2021 20:56 MYT
KUALA LUMPUR: Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 97,560 pemeriksaan semalam.
Ia melibatkan 4,706 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 21,248 anggota bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP).
Berikut lima perkara penting kenyataan media Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 25 Jun
1) Seramai 696 individu ditahan ingkar SOP, 671 dikompaun, 25 direman.
2) Op Benteng tangkap 25 Pati, rampas 14 buah kenderaan darat.
3) Op Benteng jalankan 951 Sekatan Jalan Raya (SJR).
4) Sebanyak 150 buah bot/kapal dikesan di perairan negara.
5) Seramai 349 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa.