Lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri pada 17 Julai
Astro Awani
Julai 17, 2021 21:05 MYT
Julai 17, 2021 21:05 MYT
KUALA LUMPUR: Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 82,402 pemeriksaan di seluruh negara.
Ia melibatkan 4,524 Pasukan Pematuhan yang terdiri daripada 18.526 anggota bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP)
1) Sebanyak 433 individu ditahan kesalahan ingkar SOP, di mana 408 telah dikompaun dan 25 lagi direman
2) Op Benteng menahan 39 pendatang tanpa izin (PATI), serta merampas empat buah kenderaan darat
3) Sebanyak 890 Sekatan Jalan Raya (SJR) diadakan
4) 210 operasi disinfeksi dilaksanakan di seluruh negara
5) 990 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa, semuanya dikuarantin