Lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri 30 April
Astro Awani
April 30, 2021 20:05 MYT
April 30, 2021 20:05 MYT
KUALA LUMPUR: Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan 66,291 pemeriksaan semalam, bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Seramai 3,356 Pasukan Pematuhan melibatkan 15,600 anggota telah membuat pemantauan di 4,709 pasar raya, restoran (5,265), kilang (1,779), bank (3,812), pejabat kerajaan (1,123) dan penjaja (4,694).
Berikut adalah lima perkara penting kenyataan media Datuk Seri Ismail Sabri pada 30 April:
1) PKPD di Taman Hilltop, Taman Bukit Bintang dan Taman Berkley di Tawau, Sabah ditamatkan pada 1 Mei.
2) PKPD di Kampung Tengah, Betong, Sarawak ditamatkan pada 1 Mei.
3) PKPD Taman Mesra Bako, Kuching, Sarawak ditamatkan pada 1 Mei.
4) 420 individu ditahan ingkar SOP, 417 dikompaun, tiga direman.
5) Op Benteng tangkap 9 Pati, rampas 4 buah kenderaan darat.