Lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri 3 Disember

Astro Awani
Disember 3, 2020 19:10 MYT
Operasi Benteng telah berjaya menahan 68 pendatang asing tanpa izin (PATI), 10 tekong serta merampas tiga kenderaan darat dan sebuah bot. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai 80,748 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa dan kesemua telah ditempatkan di 78 hotel dan 17 Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta seluruh negara.
Berikut adalah lima perkara penting dalam kenyataan media Ismail Sabri pada 3 Disember:
1) 482 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Seramai 438 individu telah dikompaun manakala 40 individu pula direman dan empat dijamin.
2) Operasi Benteng telah berjaya menahan 68 pendatang asing tanpa izin (PATI), 10 tekong serta merampas tiga kenderaan darat dan satu bot/kapal.
3) Sebanyak 296 sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan.
4) Seramai 80,748 individu telah pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabangsa.
5) Sebanyak 35 tapak binaan telah di buat pemeriksaan oleh penguatkuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
#ismail sabri yaakob #perintah kawalan pergerakan #PKP #perintah kawalan pergerakan bersyarat #PKPB #COVID-19
;