Lima perkara penting kenyataan media Ismail Sabri 28 April
Astro Awani
April 28, 2021 19:22 MYT
April 28, 2021 19:22 MYT
KUALA LUMPUR: Secara kumuatifnya seramai 187,540 individu telah pulang ke tanah air sejak 24 Julai lalu dan di mana kesemuanya telah ditempatkan di 76 hotel dan sembilan Institut Latihan Awam (ILA) serta Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, seramai 7,712 individu telah dikuarantin dan 178,153 orang dibenarkan pulang manakala 1,675 lagi dibawa ke hospital.
Berikut adalah lima perkara penting kenyataan media Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 28 April
1) PKPD Institut Aminuddin Baki dan Kuarters Kakitangan, Sri Layang, Bentong, Pahang ditamatkan
2) 295 individu ditahan ingkar prosedur operasi standard (SOP), 288 dikompaun, tujuh direman.
3) Op Benteng menahan tiga pendatang asing tanpa izin (PATI), dan merampas empat buah kenderaan darat
4) 272 Sekatan Jalan Raya (SJR) dijalankan pada 27 April 2021.
5) Pada 27 April, seramai 817 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa, semuanya dikuarantin.
#ismail sabri yaakob
#Menteri Kanan Pertahanan
#SOP
#PKPD
#ingkar
#perintah kawalan pergerakan
#Op Benteng