Lima perkara penting kenyataan media Hishammuddin Hussein pada 13 Ogos

Astro Awani
Ogos 13, 2021 18:03 MYT
Hishammuddin berkata pemantauan serta pemeriksaan oleh anggota penguatkuasa KPDNHEP di peringkat peruncit dan pemborong mendapati bekalan makanan adalah stabil dan mencukupi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: KPDNHEP telah membuat 830 pemantauan khas harian ke atas 10 jenis bekalan barangan keperluan asas terdiri daripada peruncit (639), pemborong (160) dan pengilang (31).
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 13 Ogos:
1) Sebanyak 48 premis diarahkan tutup serta merta kerana gagal patuhi prosedur operasi standard (SOP).
2) Seramai 208 individu dikompuan kerana ingkar SOP, 16 lagi direman.
3) Op Benteng menangkap 11 orang pendatang tanpa izin (PATI0, serta merampas lima buah kenderaan darat.
4) Sebanyak 918 sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan di seluruh negara pada Khamis
5) Seramai 507 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa, semuanya menjalani kuarantin wajib
#PKP #PKPB #PKPP #PKPD #Hishammuddin Hussein #COVID-19 #SOP
;