Lima perkara penting kenyataan media COVID-19, 2 Ogos 2020
Astro Awani
Ogos 2, 2020 16:52 MYT
Ogos 2, 2020 16:52 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan daripada 13 kes penularan tempatan di Malaysia, 11 kes daripadanya datang daripada Kluster Sivagangga di Kedah.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan memaklumkan, sehingga 2 Ogos 2020 sebanyak 313 orang telah disaring dan 20 kes dikesan positif COVID-19.
Berikut adalah lima perkara penting dalam kenyataan media beliau pada 2 Ogos 2020:
1) Sehingga 2 Ogos 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat 14 kes baharu yang telah dilaporkan, 1 kes import dan 13 kes penularan tempatan.
2) Daripada 13 kes penularan di dalam negara, semua 13 kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia.
3) 11 kes daripada penularan tempatan datang dari Kluster Sivagangga di Kedah manakala dua lagi kes dari Sabah.
4) Terdapat 17 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 8,664 kes.
5) Tiada kematian direkodkan pada hari ini menjadikan jumlah kematian kekal 125 kes manakala dua ditempatkan dalam Unit Kecemasan Rapi (ICU) dengan 1 kes memerlukan bantuan pernafasan.
#Dr Noor Hisham Abdullah
#ICU
#Kedah
#Kementerian Kesihatan
#kesihatan
#KKM
#koronavirus
#Malaysia
#Media
#Noor Hisham Abdullah