Lima perkara penting dalam kenyataan media KKM hari ini
Madiha Abdullah
September 27, 2020 20:18 MYT
September 27, 2020 20:18 MYT
PUTRAJAYA: Sebanyak 150 kes baharu COVID-19 direkodkan hari ini, menjadikan keseluruhan kes positif 10,919 setakat ini, manakala kes aktif pula sebanyak 950.
Daripada 150 kes baharu yang dilaporkan itu, 146 adalah kes penularan tempatan manakala bakinya empat kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan media hari ini berkaitan perkembangan terkini jangkitan COVID-19 di Malaysia.
1. Satu kematian direkodkan di Sabah, menjadikan jumlah kematian kepada 134 membabitkan warganegara Malaysia berumur 81 tahun.
2. Sabah kekal tertinggi iaitu 124 kes, Selangor 11 kes, Kuala Lumpur enam kes dan Pahang empat kes.
3. Tiga kluster baharu iaitu dua di Sabah dan satu di Kuala Lumpur dikesan.
4. Dua kluster baharu di Sabah ialah Kluster Kampung Sakong yang merekod sembilan kes dan Kluster Buang Sayang yang merekod empat kes.
5. Di Kuala Lumpur pula, kluster baharu ialah Kluster Setapak yang juga merekod tiga kes.