Lima perkara dari pengumuman Menteri Kanan Pendidikan hari ini

Fareez Azman
November 8, 2020 12:02 MYT
Dr Mohd Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan. - Gambar fail
INI lima perkara penting yang diumumkan Menteri Kanan Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin pada sidang media di Putrajaya hari ini.
1. Semua sekolah di seluruh negara ditutup mulai esok (9 Nov) hingga ke tarikh akhir sesi persekolahan tahun ini.
2. Murid sekolah rendah akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka pada 20 Jan 2021 seperti menurut takwim penggal dan cuti persekolahan 2021 yang diumumkan sebelum ini.
3. Pelajar Tingkatan 1, 4, 5 dan 6 serta penuntut Kolej Vokasional menyambung persekolahan secara bersemuka pada 20 Jan 2021 juga.
4. Pelajar Tingkatan 2 dan 3 meneruskan pembelajaran secara home-based learning mengikut kesesuaian guru bermula 20 Jan 2021, kembali ke sekolah untuk pembelajaran bersemuka pada 8 Mac 2021.
5. Peperiksaan SPM, SVM dan STAM dipinda ke 22 Feb 2021, sementara STPM dianjak ke 8 Mac 2021.
#SPM #STAM #STPM #SVM #sekolah #KPM #Menteri Kanan Pendidikan #pelajar #rakyat #penutupan sekolah #kolej vokasional
;