Lima perkara anda perlu tahu dalam sidang media Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini

Fareez Azman
Mei 29, 2020 17:00 MYT
Dr Mahathir adakan sidang media tergempar di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu (Bersatu)
Sidang media tergempar Tun Dr Mahathir Mohamad diadakan di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) petang ini.
Ini lima perkara yang dinyatakan oleh beliau:
1. Dr Mahathir menegaskan beliau masih Pengerusi Bersatu.
2. Dr Mahathir juga mengumumkan Kapten Muhammad Suhaimi Yahya dilucutkan daripada jawatan Setiausaha Kerja Bersatu yang disandangnya sebelum ini.
3. Beliau umumkan, Datuk Sazmi Miah yang juga Timbalan Pengerusi Bersatu Kelantan dilantik sebagai Setiausaha Kerja Bersatu yang baharu.
4. Beliau menolak keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) kerana mendakwa ada beberapa percanggahan tindakan oleh badan berkenaan.
5. Dr Mahathir ingin mengemukakan usul memecat Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.
#Bersatu #Mahathir Mohamad #Media #Pengerusi PPBM #PPBM #presiden #Setiausaha Kerja #Sidang media
;