Lima negeri terdedah kenaikan paras air laut

Astro Awani
Oktober 12, 2018 11:17 MYT
Kawasan pantai dan muara sungai di lima negeri dilaporkan terdedah kepada kesan kenaikan paras air laut, ujar Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan. -Gambar fail
Kawasan pantai dan muara sungai di lima negeri dilaporkan terdedah kepada kesan kenaikan paras air laut, ujar Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan.
Kenyataan yang dikeluarkan pada 11.50 pagi hari ini itu menyebut negeri terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor.
Jabatan Meteorologi Malaysia juga menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.
Di negeri Pahang, kawasan terlibat ialah daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan.
Manakala, di Selangor pula melibatkan daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.
#air #Hulu Selangor #Kedah #Kuala Selangor #Kuantan #Malaysia #Pahang #Perlis