Lima mangsa termasuk kanak-kanak terperangkap banjir diselamatkan

Sinar Harian
Disember 19, 2021 05:20 MYT
Pasukan bomba dan penyelamat membatu memindahkan mangsa yang terperangkap dalam banjir di Jambatan Kuala Kali, Hulu Selangor pada Ahad. - Foto Sinar Harian
HULU SELANGOR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Balai Bukit Sentosa menyelamatkan lima mangsa banjir termasuk seorang kanak-kanak berusia setahun, yang terperangkap di Jambatan Kuala Kali, pada jam 1053 pagi Ahad.
Komander Operasi, PgKB II Samsol Maarif berkata, laporan awal memaklumkan kesemua mangsa dilaporkan terperangkap dan tidak dapat keluar ke lokasi selamat.
Menurutnya, seramai 10 anggota bomba bertindak menyelamatkan tiga warga Indonesia iaitu masing-masing seorang kanak-kanak lelaki, wanita dan lelaki.
“Kesemua mangsa yang terlibat kemudiannya dibawa ke lokasi selamat dan diserahan kepada majikan untuk ke pusat penempatan sementara (PPS) Kampung Chuang Rasa di sini.
“Menerusi sesi menyelamat kedua, seorang lelaki tempatan diselamatkan menggunakan bot dan tidak memerlukan penginapan di pusat pemindahan sementara,” katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
#Jambatan Kuala Kali #banjir #mangsa #terperangkap
;