Lima lot kedai hangus dalam kebakaran

Astro Awani
Ogos 18, 2019 07:39 MYT
Kejadian kira-kira jam 10.30 malam Ahad itu telah memusnahkan 90 peratus kedai peralatan elektrik dan barangan motosikal. -Astro AWANI
Lima lot kedai dua tingkat di Jalan Sultan Mohamad, Kuala Terengganu hangus dijilat api dalam satu kebakaran malam tadi.
Kejadian kira-kira jam 10.30 malam Ahad itu telah memusnahkan 90 peratus kedai peralatan elektrik dan barangan motosikal.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohamad Shoki Hamzah memaklumkan pihaknya mendapati premis berkenaan terbakar 70 peratus sebaik tiba di lokasi kejadian.
Menurutnya pihak bomba mengambil masa kira-kira 30 minit bagi mengawal kebakaran.
Sejumlah 35 anggota bersama empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Jalan Kota dan Marang terlibat dalam operasi.
Jelasnya, punca kejadian masih dalam siasatan.
Kerugian dianggarkan RM1.2 juta.
#hangus dijilat api #Jabatan Bomba dan Penyelamat #Jalan Sultan Mohamad #lot kedai #Mohamad Shoki Hamzah
;