Lima kluster baharu dikesan, berikut tumpuan kenyataan KKM hari ini

Hilmi Malik
Disember 19, 2020 11:02 MYT
Selangor melaporkan negeri tertinggi pertambahan kes COVID-19 iaitu sebanyak 401 kes diikuti Kuala Lumpur 281 kes, dan Sabah 199 kes. - KP Kesihatan
PUTRAJAYA: Terdapat satu kes kematian baharu akibat COVID-19 menjadikan jumlah kes kematian kini seramai 433 individu.
Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 19 Disember:
1. 1,153 kes baharu COVID-19, jumlah keseluruhan kes kini 91,696 kes.
2. Satu kes kematian baharu, jumlah kes kematian kini 433 individu.
3. Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini 15,294 kes.
4. 112 kes sedang dirawat di ICU, 56 kes memerlukan bantuan pernafasan.
5. KKM melaporkan pertambahan sebanyak lima lagi kluster baharu.
BACA: COVID-19: Kes baharu terus catat empat angka, Selangor kekal negeri tertinggi
#Dr Noor Hisham Abdullah #ICU #KKM #COVID-19 #koronavirus #kes kematian #Kluster baharu