Lima kluster baharu antara tumpuan sidang media KP Kesihatan hari ini

Harits Asyraf Hasnan
Oktober 11, 2020 19:02 MYT
Malaysia turut merekodkan 561 kes baharu dalam tempoh 24 jam sekali gus menjadikan kes kumulatif adalah sebanyak 15,657.
KUALA LUMPUR: Lima kluster baharu dilaporkan seiring 561 kes yang direkodkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata majoriti kes jangkitan adalah di Sabah.
Berikut perkara penting dalam sidang media harian beliau hari ini:
1. 561 kes baharu, kini cecah 15,657 kes di Malaysia.
2. Daripada 561 kes baharu, 488 jangkitan di negeri Sabah.
3. 8 kes import, 11 kes pengunjung dari Sabah, 2 kematian.
4. 133 individu pulih, kumulatif kes pulih 10,913 individu.
5. 5 kluster baharu, 3 di Sabah, 1 di Selangor-KL, 1 di Labuan.
Berikut merupakan senarai sekolah yang ditutup di Daerah Petaling:
#COVID19 #lima kluster baharu #Sabah #Selangor #Kuala Lumpur #Labuan #Sidang media #Dr Noor Hisham Abdullah
;