Seorang penduduk Kampung Tepoh dekat Batu Rakit di Kuala Nerus telah disahkan mengalami jangkitan malaria manusia jenis Plasmodium Malariae pada 23 Okt lepas.
Rekod di Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu menunjukkan kes terakhir malaria bukan tempatan jenis ini dikesan di mukim Hulu Chukai di daerah Kemaman pada tahun 2012.
Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata hasil siasatan yang telah dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Nerus selepas itu telah mengesan empat warganegara asing yang menghidap jangkitan malaria jenis yang sama.
"Kesemua warganegara asing tersebut pernah bekerja di negara asal iaitu di Lombok, Indonesia dan datang ke Malaysia di antara bulan Februari hingga Julai 2019 secara persendirian.
"Jabatan Kesihatan Negeri dan Pejabat Kesihatan Daerah masih menjalankan siasatan untuk mengenalpasti punca sebenar jangkitan tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kesemua mereka yang dijangkiti malaria berkenaan telah diberi rawatan sewajarnya setakat ini.
Dr Nor Azimi berkata PKD Kuala Nerus telah menjalankan aktiviti saringan ujian darah beramai-ramai dan saringan kes demam di kalangan penduduk di lokaliti kes bagi mengesan kemungkinan jangkitan malaria itu menular di kalangan penduduk terdekat.
"Buat masa ini situasi kejadian malaria di Kuala Nerus ini adalah terkawal dan tiada jangkitan baru dikesan dalam tempoh hampir lima minggu dari tarikh kes pertama dikesan.
"Sebagai langkah pencegahan dan kawalan, PKD Kuala Nerus telah menjalankan semburan dinding kediaman dan mengedarkan kelambu bagi mengawal nyamuk pembawa malaria," katanya.
Pemakluman kepada pengamal-pengamal perubatan berdekatan juga telah dilakukan agar lebih peka berkaitan kejadian wabak ini dan meningkatkan saringan malaria di kalangan rakyat tempatan dan juga warganegara asing yang datang ke fasiliti kesihatan masing-masing.
Tambahnya, ini termasuk menjalankan ujian darah bagi mengesan jangkitan malaria dan memberi pendidikan kesihatan mengenai kaedah pencegahan jangkitan malaria kepada penduduk.
Beliau berkata orang ramai terutama di daerah Kuala Nerus perlu mengelakkan diri dari gigitan nyamuk dengan menggunakan repelan, memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang jika berada di luar rumah pada waktu malam.
"Penggunaan kelambu juga sangat digalakkan dan paling penting dapatkan rawatan segera di fasiliti kesihatan sekiranya mengalami demam," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 26 2019
![Lima kes jangkitan malaria manusia dikesan di Terengganu Lima kes jangkitan malaria manusia dikesan di Terengganu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/71574735065_TBAZIMI.jpg)
Dr Nor Azimi berkata PKD Kuala Nerus telah menjalankan aktiviti saringan ujian darah beramai-ramai dan saringan kes demam di kalangan penduduk di lokaliti kes. - Gambar fail
![Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740001659_TBPezeshkian.jpg)
Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
![Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726966332_YusriCheLah.jpg)
Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.
![Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51706180860_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.
![Wabak demam misteri di Gujarat, India ragut 16 nyawa Wabak demam misteri di Gujarat, India ragut 16 nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726152362_TBYELLOWFEVERBRAZ.jpg)
Wabak demam misteri di Gujarat, India ragut 16 nyawa
Wabak itu dilaporkan di beberapa kampung di Daerah Kachchh, kira-kira 380 km ke barat Gandhinagar, ibu kota Gujarat.
![Israel lapor kematian keempat akibat demam Nil Barat Israel lapor kematian keempat akibat demam Nil Barat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719461803_WestNileVirus.jpg)
Israel lapor kematian keempat akibat demam Nil Barat
Kementerian itu berkata ia sedang menyiasat satu kes disyaki di mana virus berkenaan mungkin menyebabkan kematian pesakit lain.
![PM Thailand disahkan positif COVID-19 PM Thailand disahkan positif COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81694770094_SretthaThavisinPh.jpg)
PM Thailand disahkan positif COVID-19
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin mengesahkan hari ini bahawa beliau positif COVID-19.
![Budak 12 tahun meninggal dunia disyaki akibat strok haba Budak 12 tahun meninggal dunia disyaki akibat strok haba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683003423_Budaktahunmeni.jpg)
Budak 12 tahun meninggal dunia disyaki akibat strok haba
Airiel Syahren disahkan meninggal dunia akibat septic shock secondary to meningoencephalitis.
![Itali muncul sebagai 'hotspot' demam West Nile Itali muncul sebagai 'hotspot' demam West Nile](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/71584152280_COVIDNovelKoro.jpg)
Itali muncul sebagai 'hotspot' demam West Nile
Institut Kesihatan Itali melaporkan pada Jumaat jumlah jangkitan virus itu telah meningkat lebih 50 peratus sepanjang minggu lalu.
![Tip turunkan suhu badan anak demam guna satu bahan sahaja Tip turunkan suhu badan anak demam guna satu bahan sahaja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81659229796_CepatTurunkanSuhu.jpg)
Tip turunkan suhu badan anak demam guna satu bahan sahaja
Petua ini yang diamalkan ibu ini setiap kali anak demam sejak dari dulu sehingga anak-anak sudah besar.
![Cacar monyet: Singapura sahkan kes keempat Cacar monyet: Singapura sahkan kes keempat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71656049164_Monkeypox.jpg)
Cacar monyet: Singapura sahkan kes keempat
Pesakit merupakan warga negara India berumur 30 tahun yang menetap di republik itu, dan baru kembali dari Jerman.
![Kes berkemungkinan COVID-19 kembali meningkat di Korea Utara Kes berkemungkinan COVID-19 kembali meningkat di Korea Utara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61652503657_CovidKoreaUtara.jpg)
Kes berkemungkinan COVID-19 kembali meningkat di Korea Utara
Ini kali pertama jumlah itu melepasi paras 100,000 dalam tempoh tiga hari.
![Guna bawang merah elak demam, selesema, batuk berjangkit satu rumah Guna bawang merah elak demam, selesema, batuk berjangkit satu rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41606864861_Onions.jpg)
Guna bawang merah elak demam, selesema, batuk berjangkit satu rumah
Elak masalah kesihatan ini berjangkit dengan menggunakan bahan yang terdapat di dapur sahaja.
![Kata azimat, 'anda akan sembuh' dari doktor, jururawat beri kekuatan bekas pesakit COVID-19 Kata azimat, 'anda akan sembuh' dari doktor, jururawat beri kekuatan bekas pesakit COVID-19](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61621931962_ICUMALAYSIA.jpg)
Kata azimat, 'anda akan sembuh' dari doktor, jururawat beri kekuatan bekas pesakit COVID-19
Keikhlasan doktor dan jururawat yang menjaganya sepanjang 16 hari menerima rawatan akibat COVID-19 di Hospital Sultanah Nur Zahirah, dekat sini meninggalkan kesan mendalam buat Syahril Hirman Azmee.