Sebanyak lima kertas siasatan berkaitan kesalahan menghina agama Islam di laman sesawang dibuka oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sehingga Ogos lepas.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata selain tindakan mahkamah, tindakan sekatan juga telah diambil terhadap laman sesawang atau blog yang telah dikenal pasti.
Selain itu, SKMM juga telah menyekat 204 lawan sesawang yang terlibat dengan kelucahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia dan ia merupakan 300 aduan yang diterima oleh suruhanjaya, sepanjang tahun ini, katanya.
"Dalam usaha ini, pihak suruhanjaya (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) sentiasa bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan mana-mana badan penguat kuasa yang lain termasuk Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dalam penyaluran maklumat dan bantuan teknikal bagi siasatan kes-kes seperti ini," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (PAS-Parit Buntar) yang ingin tahu jumlah blog yang menghina Islam serta tindakan yang telah dan akan diambil terhadap pemiliknya, di persidangan Dewan Rakyat di sini Rabu.
Bagi aduan yang diterima terhadap 197 pengguna Facebook, Jailani berkata suruhanjaya telah membuat permohonan kepada Facebook untuk mendapatkan maklumat pengguna terbabit bagi tujuan pengumpulan bukti.
"Ini adalah sebagai langkah siasatan awal berkaitan aduan yang diterima berkaitan pelanggaran Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia," katanya.
Katanya, kerajaan juga telah mengambil tindakan proaktif untuk mendidik pengguna di Malaysia mengenai penggunaan Internet secara positif, bertanggungjawab serta mengamal kawal selia kendiri.
"Kempen Klik dengan Bijak dan Kempen Media Sosial Sihat telah dilancarkan. Pelbagai aktiviti seminar dan ceramah dijalankan sebagai usaha untuk mendidik kesedaran terhadap penggunaan Internet secara positif," katanya.
Katanya, Biro Aduan SKMM bagi menangani penyebaran dan paparan kandungan lucah dalam laman sesawang juga menerima semua jenis aduan dan memberi khidmat nasihat sekiranya diperlukan.
Bernama
Wed Sep 25 2013
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penggodam disokong China sasar infrastruktur kritikal AS
Syarikat itu berkata organisasi yang terjejas oleh kempen berniat jahat itu antara lain termasuk maritim, kerajaan dan teknologi maklumat.
Isu asal usul COVID-19 dipolitikkan - Tinjauan CGTN
Hasil tinTjauan kumpulan pemikir China Global Television Network (CGN) mendapati bahawa 80 peratus responden berpendapat usaha merungkai asal usul pandemik COVID-19 dicemari politik.
"Saya tidak boleh menulis, kini berdepan masalah kesihatan" - Amitabh Bachchan
Bintang Bollywood Amitabh Bachchan kini dilaporkan sedang mengalami masalah kesihatan dan sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di India.
Memoir Thomas: Azalina gesa peranan AG dan pendakwa raya dipisahkan
Azalina berkata kuasa pendakwaan menjadikan Peguam Negara antara individu paling berkuasa di Malaysia.
Penulis blog 'Big Dog' meninggal dunia
Berita sedih mengenai pemergian Zakhir, 52, dikongsi oleh beberapa pengguna media sosial di laman Facebook Allahyarham, sebentar tadi.
Undang-undang diguna untuk sesuatu yang tidak demokratik, adil - Tun M
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa undang-undang ketika ini digunakan untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak demokratik dan adil.
'Tinggal saya seorang, saya kesunyian' - Tun M luah rasa sedih atas pemergian sahabat
Ahli Parlimen Langkawi berkata beliau dan Khalid bersama selepas tamat Perang Dunia Kedua.
Isu kuarantin: Khairuddin nafi ke Belanda, beri amaran saman pemfitnah
Mohd Khairuddin Aman Razali menafikan dakwaan kononnya beliau pergi ke Belanda ketika lawatannya ke Turki semasa PKPP.
Malaysia mungkin jadi negara perasuah jika jenayah itu terus dipandang ringan - Tun M
Apabila ramai yang anggap rasuah bukan sebagai satu jenayah yang buruk, maka ia akan berkembang sehingga menjadi amalan seluruh masyarakat.
Lebih 50 peratus rakyat Malaysia percaya melancong dalam negara lebih selamat selepas PKP
Nancy berkata, daripada tinjauan itu, sebanyak 50.9 peratus responden mempercayai bahawa melancong dalam negara lebih selamat selepas PKP.