Lima kenderaan terbakar di pejabat JPJ Kuala Kangsar

Nazialita Geynna Maharan
Februari 5, 2018 04:58 MYT
Kebakaran itu melibatkan lima buah kenderaan iaitu tiga buah kenderaan JPJ dan dua buah kenderaan awam. - JBPM Perak
Lima kenderaan yang diletakkan di pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Kangsar musnah dalam kebakaran pada awal pagi Selasa.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Pegawai Bomba Kanan II Aziz Md Nor berkata pihaknya menerima panggilan sekitar 2.36 pagi.
"Kebakaran itu melibatkan lima buah kenderaan iaitu tiga buah kenderaan JPJ dan dua buah kenderaan awam di kawasan parkir pejabat JPJ Kuala Kangsar dan buat masa ini operasi pemadaman masih dijalankan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Punca kejadian masih dalam siasatan.
#bomba #JPJ #kebakaran #kereta #Kuala Kangsar
;