Lima kedai musnah terbakar
Sinar Harian
Januari 11, 2023 06:50 MYT
Januari 11, 2023 06:50 MYT
KUALA LUMPUR: Sebanyak lima lot kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Blok C Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Jalan Ipoh di sini pada Rabu.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur (PGOKL) dalam satu kenyataan berkata, dua buah jentera, tangki air, dan 21 anggota serta pegawai dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Jinjang dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 1 petang.
"Keluasan kebakaran seluas 0.92 meter persegi 0.92 meter persegi (m²) x 0.92 m² untuk satu unit kedai.
"Tindakan operasi pemadaman menggunakan teknik 'offensive' dan 'defensive' serta membuat penyejukan di gerai berhampiran," menurut kenyataan itu pada Rabu.
Tambah kenyataan itu, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran berkenaan dan punca kejadian masih dalam siasatan. -Sinar Harian