Lima kawasan catat bacaan IPU tidak sihat
Astro Awani
Oktober 4, 2023 07:45 MYT
Oktober 4, 2023 07:45 MYT
KUALA LUMPUR: Lima kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat.
Setakat jam 6 pagi Khamis, Bukit Rambai di Melaka mencatatkan bacaan IPU tidak sihat paling tinggi dengan paras 151.
Menurut laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) kendalian Jabatan Alam Sekitar (JAS), empat kawasan lain yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat termasuk Tangkak, Johor (102), Bandaraya Melaka (115), Batu Pahat, Johor (117), dan Serian, Sarawak (120).
Sementara itu 53 kawasan mencatatkan bacaan sederhan, manakala 10 yang lain mencatatkan bacaan IPU yang baik.
Bacaan IPU 0 hingga 50 menunjukkan kualiti udara adalah baik, 51-100 sederhana, 101-200 tidak sihat, 201-300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 adalah berbahaya.