Lima kali tewas, calon Bebas guna logo pen tak serik

Vivi Sumanti
April 28, 2018 12:27 MYT
Arkitek ini tidak berputus asa walaupun setiap kali penyertaannya dalam pilihanraya beliau kehilangan wang pertaruhan. - VIVI SUMANTI / Astro AWANI
Calon bebas yang menggunakan logo pen, Izat Bukhari Ismail Bukhari, 51 tahun tidak pernah mengenal erti serik bertanding walaupun sudah lima kali tewas beberapa pilihan raya umum dan pilihan raya kecil.
Anak kelahiran Kota Bharu ini yang merupakan seorang arkitek tidak lemah walaupun setiap pilihan raya yang disertai akan kehilangan wang pertaruhan.
Izat Bukhari pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) kali ini bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri, DUN Kota Lama yang berdepan pertandingan lima penjuru.
Pas menampilkan penyandangnya Datuk Annuar Tan Abdullah sementara BN menampilkan calon dari MCA, Chua Hock Kuan, Tan Sri Abdul Rashid Ab Rahman (Pakatan Harapan), dan Khairul Nizam Abd Ghani (Parti Sosialis Malaysia).
Izat Bukhari membuat kemunculan kali pertamanya pada pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor pada tahun 2014 dan hanya memenangi 38 undi.
Seterusnya beliau menyertai Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) di DUN Pengkalan Kubor, pilihan raya kecil juga di DUN Pengkalan Kubor, pilihan raya kecil Chempaka., pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan PRU14.
Beliau merayu para wartawan memberi sokongan kepadanya memandangkan pengamal media itu menggunakan pen untuk menulis selari dengan logo yang digunakannya.
#2014 #Barisan Nasional #Bebas #calon #Izat Bukhari Ismail Bukhari #Kota Bharu #Kuala Kangsar #MCA #Pakatan Harapan #PAS #Pengkalan Kubor #pilihanraya
;