Lima IPT meterai MOU bersama PYDC untuk tingkat kebolehpasaran mahasiswa

Bernama
Mac 28, 2021 17:08 MYT
Lip Chee berkata, MoU itu bertujuan meningkatkan kebolehpasaran pelajar, memperkayakan pengalaman kurikulum, mempelajari kemahiran baharu dan memperkasakan kemahiran insaniah mereka. - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Lima buah institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan hari ini memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Perbadanan Pembangunan Belia Pulau Pinang (PYDC) di bawah inisiatif "Program Mahasiswa".
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Pulau Pinang Soon Lip Chee berkata MoU itu bertujuan meningkatkan kebolehpasaran pelajar, memperkayakan pengalaman kurikulum, mempelajari kemahiran baharu dan memperkasakan kemahiran insaniah mereka.
"Menerusi kerjasama dengan lima IPT dan PYDC, kami berhasrat untuk menjana dan membantu generasi muda supaya dapat memanfaatkan peluang di masa hadapan, sekali gus dapat melahirkan masyarakat yang maju dan progresif," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
MoU selama tiga tahun itu diikat bersama Pusat Pembangunan Kemahiran Pulu Pinang (PSDC), Kolej Universiti Komunikasi Han Chiang (HCUC), Kolej SEGi, Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARUC) dan Kolej Universiti UOW Malaysia KDU.
-- BERNAMA
#MoU #IPT #PSDC #TARUC #UOW #KDU #HCUC
;