Lima individu dipecat keahlian kerana sabotaj parti
Astro Awani
Februari 22, 2014 12:25 MYT
Februari 22, 2014 12:25 MYT
Jawatankuasa Disiplin UMNO memecat keanggotaan lima individu kerana mensabotaj parti semasa Pilihan Raya Umum ke13 yang lalu.
Presidennya, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan dibuat selepas jawatankuasa sebulat suara menyatakan kesemua mereka melanggar disiplin parti.
Lima individu berkenaan ialah Bahrim Abdullah dari UMNO Bahagian Kuala Pilah, Abdul Mohsin Mohamad Shariff dan Mohamad Amri dari UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Mohamad Azrith Amri; UMNO Bahagian Machang, Hasan Bahri Mat Isa; UMNO Bahagian Jempol, dan Zulkifli Zakaria; UMNO Bahagian Bachok.
Najib berkata, sebarang rayuan hanya boleh dilakukan pada tempoh tertentu dan bergantung kepada keputusan jawatankuasa disiplin parti.
“Ada kes tertentu jawatankuasa disiplin berpuashati bahawa mereka langgar disiplin parti. Dia boleh appeal tapi mesti ada edah, tapi kalau tanding Bebas dia tak boleh diterima selepas edah dia boleh appeal terpulang pada jawatankuasa pengurusan dan jawatan kuasa.”
Najib berkata demikian semasa sidang media selepas menpengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Kuala Lumpur.