Lima fokus utama sidang media Ismail Sabri hari ini
Astro Awani
Februari 25, 2021 18:33 MYT
Februari 25, 2021 18:33 MYT
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pegerakan Diperketatkan (PKPD) di Kg Darau-Awek, Kg Padang Baloh dan Kg Lepan Kejor, Mukim Pasir Akar, Besut, Terengganu akan ditamatkan pada 27 Februari ini, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Berikut lima perkara penting sidang media Ismail Sabri pada Khamis.
1. Seramai 460 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar SOP, 388 daripadanya dikompaun manakala 70 lagi individu direman dan dua dijamin.
2. Seramai 23 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dua tekong ditahan, 11 kenderaan darat dirampas selain 125 bot atau kapal turut dikesan di perairan negara menerusi Op Benteng. Seramai 34 orang PATI turut berjaya diusir melalui empat aktiviti pengusiran dalam operasi berkenaan.
3. Sebanyak 104 operasi sanitasi dilaksanakan di seluruh negara yang merangkumi 34 Zon Merah, 11 Zon Jingga dan empat Zon Kuning.
4. Seramai 663 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa negara dan kesemuanya telah dikuarantin wajib.
5. Seramai 16,568 warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 dan daripada jumlah itu, 205 didapati positif COVID-19.