Lima fokus utama kenyataan media Ismail Sabri pada hari ini

Umavathi Ramayah
November 29, 2020 17:00 MYT
Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di Kampung Numbak dan Penempatan Telipok, Kota Kinabalu, Sabah yang dijadualkan tamat pada Ahad dilanjutkan 14 hari lagi. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Numbak dan penempatan Telipok, Kota Kinabalu yang dijadualkan tamat pada Ahad dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 13 Disember.
Berikut lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media pada hari ini, Ahad, 29 November 2020:
1) Seramai 648 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan PKPP dengan 54 individu direman.
2) Penguat kuasa menahan 99 pendatang asing tanpa izin (PATI), dua penyeludup menerusi Operasi Benteng.
3) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memeriksa 518 premis. Semua premis mematuhi SOP PKPP.
4) Task Force Operasi Pematuhan melakukan 5,1450 pemeriksaan di seluruh negara.
5) PKPD di Kampung Numbak dan Penempatan Telipok, Kota Kinabalu dilanjutkan sehingga 13 Disember.
#Sabah #Kota Kinabalu #PKPD #Kementerian Pertahanan #Kampung Numba #Penempatan Telipok #PKPP
;