Lima fokus utama kenyataan media Ismail Sabri pada 2 Mei 2021
Astro Awani
Mei 2, 2021 18:45 MYT
Mei 2, 2021 18:45 MYT
KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Mukim Endau dan Triang di Mersing, Johor bermula Isnin, 3 Mei 2021.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di SMU (Arab) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung di Tumpat, Kelantan juga ditamatkan bermula Ahad, 2 Mei 2021.
Berikut lima tumpuan utama kenyataan media Ismail Sabri pada Ahad, 2 Mei 2021:
1) Penamatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Mukim Endau dan Triang di Mersing, Johor bermula Isnin, 3 Mei 2021.
2) Penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di SMU (Arab) Tarbiah Diniah Tahfiz Bunut Sarang Burung di Tumpat, Kelantan bermula Ahad, 2 Mei 2021.
3) 500 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP. Daripada jumlah itu, seramai 489 individu dikompaun manakala 11 lagi direman.
4) Op Benteng telah menangkap tujuh orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas lima buah kenderaan darat.
5) Seramai 372 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan dan tiada kes positif COVID-19 direkodkan.
#ismail sabri yaakob
#SOP
#Tumpat
#kerajaan
#pati
#menteri
#warga asing
#COVID-19
#kes positif
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#PKPD
#ujian saringan