Lima fokus utama kenyataan media Ismail Sabri pada 1 Julai 2021
Astro Awani
Julai 1, 2021 19:59 MYT
Julai 1, 2021 19:59 MYT
KUALA LUMPUR: Susulan jumlah kes baharu COVID-19 yang tinggi saban hari, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di Selangor dan 14 lokaliti di Kuala Lumpur.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, arahan tersebut berkuat kuasa 3 hingga 16 Julai 2021.
Berikut fokus utama kenyataan media Ismail Sabri hari ini:
1) PKPD di lapan daerah di Selangor yang membabitkan 34 mukim
2) PKPD di 14 lokaliti di Kuala Lumpur
3) PKPD di 11 lokaliti lain termasuk sebuah kilang di Taiping, Perak
4) Pelanjutan PKPD di Rumah Panjang Sungai Rassau, Sarawak dan kawasan kilang di Segamat, Johor
5) Penamatan PKPD lebih awal di Taman Sri Purnama, di Pasir Puteh, Kelantan
#PKPD
#ismail sabri yaakob
#perintah kawalan pergerakan
#menteri
#Menteri Kanan Pertahanan
#Taiping
#Kuala Lumpur
#Selangor
#Sabah
#EMCO