Lima fokus utama kenyataan akhbar Ismail Sabri hari ini
Umavathi Ramayah
Februari 19, 2021 18:20 MYT
Februari 19, 2021 18:20 MYT
KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 18 taman perumahan di Bandar Muadzam Shah, Rompin, Pahang akan ditamatkan esok, lebih awal daripada yang dijadualkan.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD itu ditamatkan selepas penilaian risiko mendapati jangkitan di lokaliti itu adalah terkawal dengan kes positif COVID-19 yang terakhir dikesan pada 4 Februari lalu.
Berikut merupakan lima perkara penting yang dinyatakan beliau menerusi kenyataan akhbar hari ini, Jumaat, 19 Februari 2021:
- Seramai 12,763 warga asing menjalani ujian saringan COVID-19 dan daripada jumlah itu 27 didapati positif COVID-19.
#PKPD
#taman perumahan Bandar Muadzam Shah
#ismail sabri yaakob
#Kementerian Pertahanan
#Majlis Keselamatan Negara