Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD itu ditamatkan selepas penilaian risiko mendapati jangkitan di lokaliti itu adalah terkawal dengan kes positif COVID-19 yang terakhir dikesan pada 4 Februari lalu.
Berikut merupakan lima perkara penting yang dinyatakan beliau menerusi kenyataan akhbar hari ini, Jumaat, 19 Februari 2021:
- Seramai 12,763 warga asing menjalani ujian saringan COVID-19 dan daripada jumlah itu 27 didapati positif COVID-19.
- Kesemua pemeriksaan di 56 tapak binaan di seluruh negara mematuhi prosedur operasi standard (SOP).
- Seramai 30 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan serta sebuah bot dan dua kenderaan darat dirampas menerusi Op Benteng.
- Seramai 443 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar SOP, 404 daripadanya dikompaun manakala 39 lagi individu direman.
- PKPD di 18 taman perumahan di Bandar Muadzam Shah, Rompin, Pahang ditamatkan esok.