Lima lelaki ditahan selepas mengingkari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan, dalam pemeriksaan di sekitar bandar ini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohamad Noor Yusof Ali berkata, dalam kes individu pertama, selain ingkar PKP, semasa ditangkap dia didapati memiliki senjata merbahaya serta turut dikehendaki atas jenayah rogol tahun 2011.
Sementara empat yang lain, berumur antara 40 dan 60 tahun, ditahan ketika berkumpul tanpa alasan munasabah di sekitar taman perumahan mereka.
"Pertama, satu lelaki Melayu yang kita tangkap dengan beberapa kesalahan iaitu memiliki senjata merbahaya, juga didapati 'wanted' kes daerah Kuantan dan melanggar peraturan PKP.
"Jadi, tiga kesalahan dilakukan dengan sengaja. Seterusnya, kita telah meneruskan operasi di kawasan Perumahan Pak Mahat Sungai Soi dan kita telah menahan empat lelaki Melayu," katanya.
Tangkapan pertama disiasat di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan Senjata Merbahaya Dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan.
Manakala empat yang lain disiasat di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7 Peraturan-Peraturan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, yang boleh didenda atau penjara 1 tahun atau kedua-dua sekali jika disabitkan kesalahan.
Mohd Zalani Md Atan
Thu Mar 26 2020
Empat individu ditahan polis ketika berkumpul tanpa alasan munasabah di sekitar taman perumahan mereka. - Astro AWANI
Tumpuan Isnin – 07 Oktober 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (06 Oktober 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Israel serang lagi pinggir bandar Beirut ketika pertempuran di sempadan memuncak
Pesawat perang Israel giat mengebom kawasan pinggir bandar selatan Beirut awal Ahad, menyasarkan kawasan kediaman dan mencetuskan kebakaran yang berterusan hingga ke pagi.
Kabinet setuju komoditi kelapa di bawah Lembaga Koko Malaysia - TPM Ahmad Zahid
Jemaah Menteri bersetuju menstrukturkan Lembaga Koko Malaysia dengan memasukkan komoditi kelapa di bawah agensi itu.
PRESMA cadang ‘kedai mamak’ tidak lagi jual rokok
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mengesyorkan semua premis makanan naungannya agar tidak lagi menjual rokok di premis mereka.
8,500 premis diberi amaran - Dr Dzulkefly
Sejumlah 8,500 premis di seluruh negara diberi amaran kerana melanggar Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) yang berkuat kuasa pada 1 Oktober lepas.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor
Ketua Wanita DAP Teo Nie Ching dipilih sebagai Pengerusi DAP Johor bagi penggal 2024/2027 menggantikan Liew Chin Tong yang menyandang jawatan itu sejak 2014.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 6 Oktober 2024.
Mohamad Hasan, Tengku Zafrul tiba di Vientiane untuk Sidang Kemuncak ASEAN
Kedua-dua menteri berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay pada 7.45 malam waktu tempatan (8.45 malam waktu Malaysia).
Jangan berkumpul di lokasi kejadian kepala air - Polis Yan
Tiada sebarang tindakan dikenakan sehingga pagi Jumaat dan polis akan memperketatkan kawalan di kawasan terbabit.
'Full lockdown' berjaya elak malapetaka, tapi masih banyak perlu dilakukan - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham minta rakyat Malaysia mengamalkan sekatan pergerakan kendiri untuk menyelamatkan diri dan keluarga.
Korea Selatan longgar peraturan penjarakan fizikal bermula 1 Julai
Orang ramai juga dibenarkan untuk berkumpul secara peribadi sehingga enam orang di wilayah Seoul.
12 individu langgar SOP berkumpul untuk solat berjemaah
Kesemua mereka yang berusia antara 23 hingga 60 tahun itu dikesan berkumpul semasa pemeriksaan dijalankan pada pukul 1.30 tengah hari.
54 individu dikompaun joging, lepak di jambatan
Tindakan dijalankan berdasarkan aduan daripada orang awam terhadap aktiviti di lokasi berkenaan.
Langgar SOP PKP ketika urus jenazah: 16 sekeluarga, pengurus pengebumian dikompaun
Mengikut Majlis Keselamatan Negara, bilangan kehadiran ahli keluarga yang dibenarkan adalah tidak melebihi 10 orang sahaja.
Ingkar SOP COVID-19: Enam penghantar makanan dikompaun RM1,500 seorang
Enam lelaki berusia antara 20 dan 30 tahun itu dikenakan kompaun mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Thaipusam: Pergerakan pedati Perak P.Pinang diluluskan MKN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah bertindak menjaga keamanan bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku sepanjang pergerakan ke Kuil Nattukottai Chettiar, di Jalan Air Terjun di sini.
COVID-19: 75 dikompaun dalam seminggu, ingkar SOP musim banjir
Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, kompaun tersebut dikeluarkan sepanjang tempoh seminggu negeri ini dilanda musibah banjir.
Pelajar Tingkatan 1 antara 11 individu ditahan langgar PKPB
Tiga pelajar sekolah menengah adalah antara 11 individu ditahan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kerana berkumpul beramai-ramai.