Lima ditahan disyaki seludup barang kawalan di sempadan Malaysia-Thailand

Bernama
Julai 19, 2024 14:22 MYT
Pengarah KPDN negeri Azman Ismail dalam kenyataan hari ini berkata kesemua mereka berusia antara 20 hingga 40-an itu ditahan dalam serbuan di tujuh lokasi pangkalan dan stor haram di sepanjang Sungai Golok. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan menahan lima individu termasuk seorang wanita dalam operasi bersepadu bagi mengekang penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan bersubsidi di sempadan Malaysia-Thailand, semalam.
Pengarah KPDN negeri Azman Ismail dalam kenyataan hari ini berkata kesemua mereka berusia antara 20 hingga 40-an itu ditahan dalam serbuan di tujuh lokasi pangkalan dan stor haram di sepanjang Sungai Golok.
Beliau berkata KPDN menyita 200 liter minyak petrol dianggarkan bernilai RM400, dua kenderaan dan beberapa peralatan disyaki digunakan dalam kegiatan penyeludupan bahan api.
Kes katanya disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
-- BERNAMA
#kpdn #Tahan #seludup barang kawalan #sempadan Malaysia-Thailand