Lima didakwa berikutan perhimpunan Blackout505

Teoh El Sen
Mei 27, 2013 09:30 MYT
Lima pemimpin Pakatan Rakyat didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman (APA) pagi ini di empat negeri berbeza berikutan perhimpunan Blackout505.
Dari lima yang tertangkap empat dari PKR dan seorang dari DAP, mereka semua didakwa kerana gagal menyerahkan notis 10 hari kepada pihak polis untuk menjalankan perhimpunan yang merupakan keperluan di bawah Seksyen 9 (1) APA.
Di Perak, ahli DAP dan Ahli parlimen Ipoh Timur Thomas Su dan setiausaha PKR negeri Mohammad Anuar Zakaria mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melanggar fasal yang sama dalam APA masing-masing pada 9 Mei dan 12 Mei.
Hakim Mahkamah Session Ipoh Julie Lack Abdullah mengenakan ikat jamin RM4,000 seorang dengan seorang penjamin bagi kedua yang tertuduh. Perbicaraan semula kes adalah pada 19 Julai.
Di Pulau Pinang, Setiausaha eksekutif Pakatan Ong Eu Leong juga menghadapi tuduhan yang sama berikutan perhimpunan di Batu Kawan pada 11 Mei.
Ong mengaku tidak bersalah dan dibebaskan tanpa ikat jamin selepas peguamnya RSN Rayer diserahkan kepada Hakim Mahkamah Session Butterworth Meor Sulaiman Ahmad Tamzi bahawa tiada peruntukan di bawah undang-undang untuk mengenakan ikat jamin.
Sementara itu, Ketua pemuda PKR Negeri Sembilan Nazree Yunus mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melanggar seksyen yang sama dalam perhimpunan di Oakland, Seremban pada 17 Mei.
Ikat jamin Nazree ditetapkan pada RM5,000 oleh Mahkamah Session Seremban.
Di Johor, Setiausaha eksekutif PKR negeri B Yuvanesh juga didakwa berkenaan perhimpunan yang diadakan di tempat terbuka berdekatan pejabat PKR Puteri Wangsa. Yuvanesh sedang menunggu proses mahkamah berakhir.
Tuduhan hari ini berikut pendakwaan Ketua Penerangan PKR Nik Nazmi Nik Ahmad pada 17 Mei atas perhimpunan di Kelana Jaya.
Minggu lepas, Naib Presiden PKR Tian Chua, penyelaras Anything But Umno (ABU) Haris Ibrahim dan ahli PAS Tamrin Ghafar didakwa di mahkamah oleh pihak polis atas kenyataan mereka di forum anti-penipuan pilihan raya pada 13 Mei. Mereka telah disiasat di bawah Akta Hasutan.
Sementara itu, Persatuan Peguambela-peguambela Sarawak telah mengutuk penggunaan Akta Hasutan 1948 oleh kerajaan yang dianggap "kuno".
"Persatuan ini menyeru kerajaan untuk melibatkan diri dalam perdamaian nasional sebenar tanpa berlengah-lengah lagi dan menggalakkan perbincangan konstruktif dalam perjalanan kita ke hadapan sebagai sebuah negara yang menyeluruh untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kecenderungan politik mereka," kata Presidennya Khairil Azmi Mohd Hasbie.
Persatuan itu menggesa kerajaan untuk menghapuskan tanggapan orang ramai bahawa ia telah terlibat dalam pendakwaan terpilih antara individu dan NGO yang telah menekankan kelemahan dalam proses pilihan raya dan keputusan.
“Rakyat Malaysia meletakkan harapan mereka kepada ahli badan Kehakiman tanpa rasa takut atau memihak, memegang janji sebagai seorang hakim untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan perlembagaan,” kata Khairil.
#abu #blackout505 #DAP #perhimpunan #PKR