Lima bilik darjah SK Tengku Budriah rosak akibat ribut
Bernama
Mac 7, 2021 14:11 MYT
Mac 7, 2021 14:11 MYT
ARAU: Lima bilik darjah bagi murid Tahun Satu di Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Budriah, di sini tidak dapat digunakan buat sementara waktu, akibat mengalami kerosakan selepas dipukul ribut, petang Jumaat lepas.
Exco Pendidikan Perlis Rozieana Ahmad berkata buat sementara ini, 136 murid Tahun Satu sekolah itu akan menumpang di bilik Tahun Enam, manakala murid Tahun Enam akan ditempatkan di sebuah bilik khas yang disediakan.
"Lima bilik darjah itu terpaksa ditutup sehingga proses baik pulih bumbung serta kerja-kerja pembersihan siap dalam masa beberapa hari lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, kejadian pada kira-kira pukul 5.00 petang Jumaat itu juga tidak akan menjejaskan persiapan sekolah bagi menyambut kehadiran murid Tahun Tiga, Empat, Lima dan Enam yang akan memulakan sesi persekolahan secara bersemuka, esok.
-- BERNAMA
#sekolah
#bilik darjah
#rosak
#ribut
#SK Tengku Budriah
#Rozieana Ahmad
#pendidikan
#bumbung
#kerja pembersihan
#tutup
#sekolah secara bersemuka
#murid Tahun Satu
#bilik darjah rosak