Lim Kit Siang positif COVID-19

Fareez Azman
Mac 21, 2022 17:03 MYT
Lim Kit Siang disahkan positif COVID-19 pada Isnin selepas sehari beliau menghadiri Kongres Kebangsaan DAP ke-17. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Selepas sehari menghadiri Kongres Kebangsaan DAP Ke-17, Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang disahkan positif COVID-19.
Perkara itu disahkan Setiausaha Politiknya, Syahredzan Johan kepada pemberita pada Isnin.
Veteran DAP itu menjalani ujian RTK-Antigen di Parlimen hari ini sebelum melakukan ujian RT-PCR dan disahkan positif COVID-19.
Difahamkan Kit Siang hanya mengalami simptom ringan seperti batuk.
Beliau yang telah menerima dos lengkap vaksinasi serta dos penggalak ketika ini menjalani kuarantin kendiri seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ahli politik berusia 81 tahun itu pada Ahad mengumumkan keputusannya untuk bersara dari arena politik.
Berkecimpung selama 56 tahun dan menjadi antara pengasas parti DAP, turut mengesahkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
BACA: Lim Kit Siang umum bersara dari arena politik
#Lim Kit Siang #Lim Kit Siang positif COVID-19 #Ahli Parlimen Iskandar Puteri #veteran DAP
;