Lim Kit Siang dirawat di hospital akibat demam viral, bukan kerana COVID-19

Astro Awani
Julai 2, 2020 14:11 MYT
Lim Guan Eng menziarahi bapanya, Lim Kit Siang yang kini sedang dirawat di hospital akibat demam viral. - Gambar Facebook LIM GUAN ENG
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memaklumkan, bapanya Lim Kit Siang dimasukkan ke hospital akibat demam viral.
Bagaimanapun Guan Eng memberitahu, bapanya yang juga Penasihat DAP disahkan bebas pandemik COVID-19.
"Bapa dimasukkan ke hospital kerana demam viral (bukan COVID-19). Kami berterima kasih di atas semua ucapan. Doakan dia segera sembuh," katanya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya pada Khamis.
Bagaimanapun tidak dinyatakan lokasi hospital tempat Guan Eng dirawat.
Kit Siang menjadi Ahli Parlimen sejak 1969, dan merupakan salah seorang ahli politik paling lama berkhidmat di Malaysia.
Kit Siang bermula dalam DAP sebagai Setiausaha Organisasi Kebangsaan dan Editor organ Parti, The Rocket, dari tahun 1966-1969.
Beliau kemudian menjadi Setiausaha Agung Parti dari pada 1969 dan seterusnya dilantik menjadi Pengerusi Kebangsaan dari 1999-2004.
Lim Kit Siang pernah mengetuai blok Pembangkang Parlimen Malaysia dari 1974 hingga 1999.
Veteran DAP itu kini merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah, Johor.
#DAP #Lim Guan Eng #Lim Kit Siang #Parlimen #politik
;