Lim Guan Eng mahu Zahid kemuka permohonan maaf

Bernama
September 3, 2014 08:37 MYT
LIM: Kita (DAP) ada ahli daripada tiga bangsa, takkan kami nak hina ahli sendiri
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf berhubung kenyataannya yang menyinggung, dikatakan ditujukan kepada DAP.
Lim yang juga setiausaha agung DAP berkata beliau kurang senang dengan kenyataan Zahid itu dan sebagai seorang menteri, beliau (Zahid) tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.
Katanya Ahmad Zahid cuba menganiaya dan menjadikan DAP sebagai mangsa.
"Saya nak cabar beliau, mana pemimpin DAP yang buat kenyataan hina orang Melayu. Kita (DAP) ada ahli daripada tiga bangsa, takkan kami nak hina ahli sendiri, ini tidak masuk akal sama sekali," katanya dalam sidang media di pejabatnya di Komtar di sini hari ini.
##KitaSama #Lim Guan Eng #Merdeka #Phee Boon Poh #PPS.Pasukan Peronda Sukarela #ros #Zahid Hamidi