Lim bawa Belanjawan 2020 ke Parlimen untuk pembentangan

Bernama
Oktober 11, 2019 15:38 MYT
Lim dijadual membentangkan Belanjawan 2020 yang dinanti-nantikan di Dewan Rakyat pada pukul 4 petang ini. - Foto Bernama
Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini membawa beg yang berisi teks ucapan pembentangan Belanjawan 2020 dari bangunan kementerian ke Parlimen pada pukul 2.40 petang.
Sebelum memulakan perjalanan, bacaan doa diketuai Iman Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Ustaz Nor Azamir Alias bagi mendapatkan keberkatan.
Sebelum beredar, Lim sempat mengucapkan "terima kasih atas usaha" kepada pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan yang turut bersama sebelum beliau menaiki kereta.
Beliau diiringi Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir.
Lim dijadual membentangkan Belanjawan 2020 yang dinanti-nantikan di Dewan Rakyat pada pukul 4 petang ini.

Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng bertolak ke Parlimen bagi membentangkan Belanjawan 2020. Jangan Lupa ikuti Pembentangan Belanjawan 2020 di Saluran Astro Awani 501 dan live streaming di web https://t.co/Nh2xxoVpFi #Belanjawan2020 #SenangkanYangSusah pic.twitter.com/njUWZQDHxo

— Astro AWANI (@501Awani) October 11, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia adalah kali kedua beliau membentangkan belanjawan tahunan negara.
Belanjawan 2020 ini dinanti-nantikan rakyat, untuk melihat inisiatif kerajaan dalam mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, mengurus kos sara hidup yang meningkat dan serta bersama menikmati kemakmuran negara.
Belanjawan kali ini juga dilihat akan berpandukan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, yang bertujuan menyusun semula ekonomi dan jurang perbezaan antara orang kaya dan golongan miskin.
-- BERNAMA
#Dewan Rakyat #ekonomi #Kementerian Kewangan #Lim Guan Eng #Parlimen #rakyat
;