KUALA KRAI: Tindakan seorang lelaki mengangkut ular sawa seberat 250 kilogram (kg) dengan melilitnya di bahagian pinggang dengan menaiki motosikal untuk diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Cawangan Kuala Krai menjadi tular dan perbualan warganet pada Selasa.
Video berdurasi 21 saat itu tular dan mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet apabila seorang lelaki dilihat melilit seekor ular sawa gergasi pada pinggangnya semasa menunggang motosikal bersama rakannya.
Mohd Hamdan Mahadi, 35, berkata, dia terpaksa berbuat demikian kerana motosikal merupakan kenderaan utama yang digunakannya dalam melakukan urusan harian.
"Reptilia itu saya tangkap di Kampung Lubuk Simpul, di sini. Semasa membawa ular itu (atas motosikal) saya telah menjinakkannya terlebih dahulu bagi mengelakkan reptilia tersebut bertindak agresif," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Rabu.
Menurutnya, dia terkejut apabila rakaman itu tular selepas dimuat naik ke laman sosial Facebooknya.
Katanya, setiap kali reptilia itu 'menceroboh' masuk ke kawasan rumah atau kebun, penduduk kampung akan terus menghubunginya bagi menangkap haiwan berbisa tersebut.
Anak kelahiran Kampung Guchil itu berkata, dia sudah sebati melakukan kerja-kerja tersebut walaupun berdepan bahaya.
Bagaimanapun pada masa sama, dia mengakui sentiasa berwaspada setiap kali berhadapan dengan haiwan berbisa itu.
Artikel asal ini disiarkan di Sinar Harian: Angkut ular sawa 250kg naik motosikal
Sinar Harian
Wed Jun 02 2021
Video berdurasi 21 saat itu tular dan mencetuskan perdebatan dikalangan warganet apabila seorang lelaki membawa ular sawa gergasi yang dililit pada pinggang semasa menunggang motosikal. - Foto yang tular
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bomba tangkap ular sawa kekenyangan selepas baham tiga ekor kambing
Pasukan Bomba Sukarela Guchil dan tujuh anggota BBP Kuala Krai dikerahkan ke lokasi kejadian untuk menjalankan operasi menangkap ular.
Ular sawa batik jatuh dari siling rumah
Sebuah keluarga di Rumah Rakyat Padang Lebar, Batu Kikir di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa batik seberat 15 kilogram yang tiba-tiba jatuh dari siling rumah mereka, pada Khamis.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
APM tangkap ular sawa belit dua ekor kambing
Ular itu dibawa ke pejabat APM Setiu sebelum di bawa ke pejabat APM Besut untuk diserahkan kepada Perhilitan untuk tindakan lanjut.
'Misteri' kehilangan lembu terjawab, penduduk jumpa ular sawa besar
APM Terengganu menangkap seekor ular sawa batik sepanjang enam meter dengan berat kira-kira 120 kilogram (kg) di Kuala Nerus.
Ular sawa 3 meter kejutkan pengguna jalan raya
Ular itu dapat ditangkap oleh tiga anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa hanya dalam tempoh tiga minit.
Ular sawa 20kg menyorok dalam bonet kereta
Seorang lelaki terkejut apabila mendapati ular sawa sepanjang empat meter di bahagian enjin kenderaan di Kampung Pantai Belimbing, Melaka.
Ular sawa 10kg dalam mangkuk tandas
Pemilik rumah dikejutkan dengan bunyi seolah-olah serpihan kayu yang jatuh dari atap pada jam 1.05 tengah hari.
Ular sawa seberat 150kg ditangkap di chalet di Mersing
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Mersing menangkap seekor ular sawa seberat 150 kilogram (kg) di kawasan chalet di sini, semalam.
Ular sawa dua meter 'hadir' ke sekolah
Ular seberat 10 kilogram itu berada di dalam longkang berhampiran kelas pelajar darjah enam.