KUALA LUMPUR: Episod penuh kejutan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT), dalam kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2022 berakhir selepas tewas 0-5 kepada juara dua kali dari Jepun, Urawa Red Diamonds, pada aksi pusingan 16 terbaik, malam tadi.
Kekalahan di venue ikonik, Stadium Saitama 2002 di Saitama, Jepun itu menafikan peluang skuad bimbingan Hector Bidoglio itu untuk mencipta satu lagi sejarah iaitu layak ke suku akhir, selepas menjadi kelab Malaysia pertama melepasi saingan peringkat kumpulan.
Pada pertembungan malam tadi, JDT bermula garang menerusi percubaan kaki kiri Arif Aiman Mohd Hanapi yang berjaya ditepis penjaga gol Shusaku Nishikawa seawal minit kedua, namun dikejutkan dengan sepakan penalti diberikan kepada pasukan lawan oleh pengadil pada minit ketujuh.
Sepakan penalti itu diberikan pengadil selepas penjaga gol Mohd Farizal Marlias dipersalahkan kerana mengasari Yusuke Matsuo dan kesempatan itu digunakan Alexander Scholz untuk meletakkan Urawa Red Diamonds di depan, seminit kemudian.
Fernando Forestieri melepaskan peluang keemasan untuk meledak gol penyamaan JDT apabila gagal menampan kemas bola hantaran Arif Aiman dalam kotak penalti pada minit ke-16, sebelum pasukan lawan menggandakan kedudukan hasil sepakan percuma cantik David Moberg Karlsson pada minit ke-19.
Pasukan gergasi Jepun itu terus menambah derita skuad Harimau Selatan dengan gol ketiga menghampiri masa rehat, yang menyaksikan Karlsson menjaringkan gol kedua peribadinya selepas menyempurnakan hantaran Yoshio Koizumi dalam kotak penalti pada minit ke-39.
Ketinggalan 0-3 pada separuh masa pertama, JDT tampil dengan semangat baharu pada babak kedua dalam usaha mengubah situasi, selain turut membawa masuk empat pemain iaitu Muhammad Afiq Fazail, Muhammad Safawi Rasid, Muhammad Ramadhan Saifullah Usman dan Muhammad Syahmi Safari.
Namun, usaha tersebut tidak membuahkan hasil dengan JDT terus buntu mencipta jaringan sebelum terpaksa akur menerima kekalahan apabila skuad kendalian Ricardo Rodriguez Suarez menambah dua lagi jaringan menerusi pemain gantian, Kasper Junker, pada minit ke-84 dan masa kecederaan babak kedua.
Kini, perjuangan JDT tertumpu kepada perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu FC yang dijadual berlangsung di Stadium Nasional di Bukit Jalil pada 10 Sept ini, selain dilihat berpotensi untuk mengekalkan kejuaraan Liga Super kali kesembilan berturut-turut.
JDT kini selesa menerajui saingan Liga Super selepas 14 perlawanan dengan mengumpul 38 mata, meninggalkan pencabar terdekat Sabah FC yang sudah mengharungi 16 aksi di tempat kedua (35 mata) sementara Negeri Sembilan yang beraksi 17 perlawanan mengutip 32 mata di tempat ketiga.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 19 2022

Pemain pertahanan JDT Shane Thomas Lowry, diasak pemain Urawa Red Diamonds dalam perlawanan di Stadium Saitama 2002 malam tadi. - Foto Facebook/AFC Champions League

Trump, Zelenskyy bertikam lidah di Washington
Perbincangan bertukar tegang apabila kedua-dua pemimpin berbalas kata-kata pedas di hadapan media antarabangsa.

RUU Perkhidmatan Parlimen 2025 tidak jejas nasib penjawat awam di Parlimen - Johari
Petugas atau penjawat awam yang berkhidmat di Parlimen tidak akan terjejas dengan pengenalan Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Isnin

Yew Sin-Ee Yi mahu lakar kejutan di Seluruh England
Atlet berusia 30 tahun itu percaya dapat mencapai tahap terbaik menjelang kejohanan itu.
Siemens lancar Akademi Latihan Industri Digital
Syarikat peneraju teknologi antarabangsa, Siemen Malaysia melancarkan Akademi Latihan Industri Digital Siemens menerusi kerjasama strategik dengan Jabatan Tenaga Manusia (JTM) dan SG TVET Group.

Hospital swasta perlu utamakan perkongsian jangka panjang dengan syarikat insurans
Hospital swasta disaran untuk melihat hubungan mereka dengan syarikat insurans dari perspektif jangka panjang dan tidak hanya memfokus kepada keuntungan segera.
Umat Islam di Malaysia berpuasa 2 Mac
Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad ini bersamaan 2 Mac 2025 sebagaimana diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.
PM zahir terima kasih kepada UMNO, Ahmad Zahid
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi penghargaan beliau kepada kepimpinan parti dalam Kerajaan Perpaduan yang terus kukuh mempertahankan kestabilan kerajaan.
Kempen atas kekuatan sendiri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar pemilihan kepimpinan dalam parti PKR dilaksanakan secara telus dan berdasarkan kemampuan masing-masing.
Perang Rusia: Ukraine, Amerika Syarikat gagal capai persetujuan
Zelenskiy berada di Washington bagi menyaksikan pemeteraian perjanjian mineral yang dicadangkan antara Ukraine dan Amerika Syarikat, selain berharap pertemuan tersebut dapat meyakinkan Washington untuk tidak memihak kepada Presiden Rusia, Vladimir Putin, yang mengarahkan pencerobohan ke atas Ukraine tiga tahun lalu.

Gene Hackman, isteri disyaki meninggal dunia untuk 'tempoh yang lama'
Pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kematian pasangan itu.

Malaysia, Thailand 10 negara kelab terbaik Asia, Indonesia nombor 25
Kecemerlangan JDT melayakkan diri ke pusingan 16 ACLE memacu Malaysia dalam ranking Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) pada tahap terpuji.

'Terima kasih TMJ, JDT untuk tujuh tahun'
Haziq Nadzli tidak lagi memegang status sebagai pemain pinjaman Harimau Selatan susulan dibenarkan beraksi berdepan JDT, Isnin lalu.

Liga Super: "Tahniah JDT, mereka memimpin bola sepak Malaysia" - Jurulatih Selangor
Kinoshi harap JDT teruskan memimpin bola sepak Malaysia dan pamerkan penguasaan Malaysia di seluruh dunia.

Hafizh Syahrin menang Anugerah Pelumba Antarabangsa Terbaik MAM 2024
Pelumba JDT Racing Team Hafizh Syahrin dinobatkan sebagai Pelumba Antarabangsa Terbaik manakala Qabil Irfan Azlan menerima anugerah Pelumba Muda Terbaik.

Agong zahir ucapan tahniah kepada JDT juarai Liga Super 2024-2025
Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada kelab bola sepak JDT FC atas kejayaan mereka menjuarai Liga Super 2024-2025.

JDT sahkan kejuaraan Liga Super kali ke-11 berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) mengesahkan kejuaraan Liga Super buat kali ke-11 berturut-turut ketika saingan musim 2024/ 2025 berbaki empat perlawanan selepas menumpaskan Perak FC 2-0.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

ACL Elite: JDT kelab ketiga terbaik liga Zon Timur
JDT menamatkan saingan peringkat kumpulan Zon Timur kempen Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Elite (ACL Elite) 2024/25 di tempat ketiga.

AFC akan nilai laporan diterima daripada Pohang Steelers
AFC menerima laporan daripada Pohang Steelers, ekoran dakwaan gangguan bunga api di penginapan pasukan itu menjelang perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) kelmarin.