Lidah kanak-kanak tersangkut pada mulut botol minuman

Adie Sufian Zulkefli
Julai 15, 2020 20:12 MYT
Anggota bomba mengambil masa 28 minit untuk mengeluarkan lidahnya daripada mulut botol berkenaan. -JBPM
Seorang kanak-kanak enam tahun terpaksa menahan sakit hampir sejam apabila lidahnya tersangkut mulut botol minuman di rumahnya di Baling pada Rabu.
Kejadian jam 4.50 petang itu dipercayai berlaku ketika kanak-kanak perempuan itu minum air daripada botol berkenaan.
Difahamkan, ibu bapa kanak-kanak itu cuba membantunya namun gagal lalu membawanya ke Hospital Baling, sebelum pasukan bomba dihubungi untuk memberi bantuan khas.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, berkata sepasukan anggota dihantar ke hospital itu.
"Anggota bomba terpaksa memotong corong botol terbabit dengan menggunakan gunting khas dan mengambil masa 28 minit untuk mengeluarkan lidahnya," katanya di sini, pada Rabu.
#air #Baling #bomba #botol #corong #Hospital #Kanak-kanak #Kedah #lidah #operasi #tersangkut
;