LHDN umum penutupan operasi selama dua hari semasa Aidilfitri

Bernama
April 8, 2024 14:45 MYT
LHDN menasihatkan para pelanggan untuk melakukan urusan percukaian secara dalam talian bagi mengelakkan sebarang kesulitan. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) hari ini memaklumkan semua pejabat agensi itu di seluruh negara akan ditutup selama dua hari iaitu pada hari Rabu dan Khamis ini sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024.
LHDN dalam kenyataan berkata semua jenis perkhidmatan percukaian dan Pusat Pengurusan Terimaan HASiL (PPTH) di semua premisnya akan beroperasi pada hari ini dan esok.
LHDN dalam kenyataan berkata waktu operasi bagi semua jenis perkhidmatan percukaian adalah seperti biasa pada hari ini dan esok, manakala bagi semua PPTH waktu operasi hari ini adalah dari pukul 8 pagi hingga 3 petang, manakala esoknya dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari, dan ditutup pada hari Jumaat ini.
Bagi PPTH cawangan Kuala Lumpur, semua urusan membabitkan bayaran selain tunai dan kad kredit atau debit adalah sehingga pukul 3.30 petang sahaja pada hari ini, manakala bagi cawangan Kuching pula, urusan membabitkan bayaran Sijil Pendaftaran Nama Perniagaan hanya dalam bentuk tunai sahaja untuk hari ini dan esok.
LHDN menasihatkan para pelanggan untuk melakukan urusan percukaian secara dalam talian menerusi Portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my/ bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Para pelanggan juga boleh menghubungi LHDN menerusi HCC di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1000 (Luar Negara), HASiL Live Chat atau borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/ untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas sepanjang penutupan operasi.
-- BERNAMA
#LHDN #penutupan operasi #Aidilfitri #10 April
;