LHDN tutup pejabat cawangan Terengganu, Pahang untuk sanitasi

Bernama
Mei 9, 2021 04:07 MYT
LHDN menutup sementara beberapa pejabat dan cawangannya di Terengganu dan Pahang, bagi tujuan sanitasi. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menutup sementara beberapa pejabat dan cawangannya di Terengganu dan Pahang, bagi tujuan sanitasi.
LHDN dalam satu kenyataan memaklumkan, pejabat dan cawangan yang terlibat adalah Pusat Khidmat Hasil (PKH) Besut, Terengganu yang akan ditutup mulai Ahad dan kembali beroperasi pada 16 Mei.
Sementara, Pejabat Pengarah Negeri Pahang, Cawangan Kuantan dan Cawangan Siasatan Kuantan di Menara Hasil Kuantan pula, akan ditutup mulai Isnin dan kembali beroperasi pada 25 Mei.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas, orang ramai boleh menghubungi LHDN menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 03-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat atau borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.
-- BERNAMA
#LHDN #ditutup #COVID-19 #sanitasi #terengganu #Pahang #Lembaga Hasil Dalam Negeri
;