LHDN tutup pejabat, cawangan di Sabah untuk sanitasi
Bernama
Mei 4, 2021 04:00 MYT
Mei 4, 2021 04:00 MYT
KOTA KINABALU: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menutup sementara pejabat dan beberapa cawangannya di sini, bermula Selasa bagi tujuan sanitasi.
LHDN dalam satu kenyataan memaklumkan pejabat dan cawangan yang terlibat adalah Pejabat Pengarah Negeri Sabah, Cawangan Kota Kinabalu, Cawangan Siasatan Kota Kinabalu dan Cawangan Cukai Multinasional.
Menurut LHDN Cawangan Cukai Multinasional akan kembali beroperasi pada Rabu, manakala Pejabat Pengarah Negeri Sabah, Cawangan Kota Kinabalu dan Cawangan Siasatan Kota Kinabalu akan kembali beroperasi pada 10 Mei ini.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas, orang ramai boleh menghubungi LHDN menerusi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara), HASiL Live Chat atau borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.
-- BERNAMA