LHDN selenggara sistem, aplikasi

Astro Awani
Jun 23, 2022 08:45 MYT
Antara sistem dan aplikasi terlibat termasuk MyTax, e-filing dan Borang Maklum Balas Pelanggan. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang menjalankan penyelenggaraan terhadap sistem dan aplikasinya bermula hari ini.
Dalam satu kenyataan di laman media sosial Facebook pada Khamis, antara sistem dan aplikasi terlibat termasuk MyTax, e-filing dan Borang Maklum Balas Pelanggan.
"Penyelenggaraan ke atas sistem dan aplikasi ini dijangka siap pada jam 6.00 petang, 24 Jun 2022.
"Segala kesulitan yang timbul susulan penyelenggaraan ini amatlah dikesali," katanya.
#LHDN #MyTax #e-filing #penyelenggaraan
;