LHDN sahkan mohon sekolah antarabangsa kemuka maklumat ibu bapa pelajar

Bernama
April 19, 2018 04:44 MYT
Permintaan maklumat tersebut adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 80 dan Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) pada Khamis mengesahkan pernah baru-baru ini mengeluarkan surat kepada pihak pengurusan beberapa buah sekolah antarabangsa di sini.
Kandungan surat itu adalah bagi meminta pengurusan sekolah-sekolah itu mengemukakan maklumat yang relevan berkaitan ibu bapa pelajar sekolah-sekolah itu kepada LHDNM.
"Permintaan maklumat tersebut adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 80 dan Seksyen 81 Akta Cukai Pendapatan 1967.
"Ia merupakan prosedur rutin yang dilaksanakan oleh LHDNM bagi tujuan mempromosikan pematuhan cukai secara sukarela, mengurangkan risiko ketirisan cukai dan memastikan sistem percukaian sentiasa dipelihara," kata LHDNM dalam satu kenyatan.
Penjelasan itu dibuat bagi mengulas berhubung e-mel daripada sebuah sekolah antarabangsa,terbabit yang sedang tular di media sosial dan ditujukan kepada ibu bapa pelajar sekolah berkenaan berkaitan permintaan LHDNM itu.
-- BERNAMA
#akta cukai pendapatan #cukai #ibu bapa #ketirisan cukai #Lembaga Hasil Dalam Negeri #LHDN #LHDNM #maklumat #media sosial #pelajar #pematuhan cukai #prosedur rutin #sekolah #sekolah antarabangsa #surat #Tular
;