LHDN: Permohonan Najib, Nazifuddin batal keputusan Mahkamah Tinggi ditolak

Astro Awani
September 9, 2021 16:39 MYT
Najib dan anaknya sebelum ini membuat permohonan untuk membatalkan penghakiman ringkas yang dikeluarkan terhadap mereka dalam saman cukai. - Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak permohonan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan tuntutan saman cukai ke atas mereka.
Lapor Malaysiakini, kedua-dua mereka sebelum ini membuat permohonan untuk membatalkan penghakiman ringkas yang dikeluarkan terhadap mereka dalam saman cukai yang masing-masing bernilai RM1.69 bilion dan RM37.6 juta.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk membuat keputusan ringkas dalam tuntutan saman cukai mereka terhadap Najib dan Nazifuddin.
Undang-undang sivil membenarkan sesebuah mahkamah membuat penghakiman ringkasan bagi sesuatu memutuskan hal perundangan tanpa menjalani persidangan penuh.
Pada 22 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Najib membayar tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion Mohd Nazifuddin diperintahkan membayar RM37.6 juta.
#Mohd Nazifuddin #Najib Razak #Mahkamah Rayuan #LHDN
;