LHDN muat naik Garis Panduan Operasi Bilangan 3 tahun 2021
Bernama
Julai 6, 2021 20:56 MYT
Julai 6, 2021 20:56 MYT
LABUAN: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah memuat naik Garis Panduan Operasi Bilangan Tiga (3) 2021 pada portal rasmi agensi itu sebagai rujukan dan panduan kepada pembayar cukai.
LHDN dalam satu kenyataan hari ini berkata garis panduan itu menerangkan kaedah permohonan surat penyelesaian cukai bagi syarikat, perkongsian liabiliti terhad (PLT) dan entiti Labuan (Syarikat Labuan dan PLT Labuan).
"Garis panduan tersebut boleh diakses dengan melayari www.hasil.gov.my atau melalui capaian pantas http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/GPO_3_2021.pdf.
"Garis panduan ini membatalkan Garis Panduan Operasi Bilangan Dua (2) 2019 yang telah dikeluarkan pada 12 November 2019," demikian menurut kenyataan itu.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas boleh diajukan kepada LHDN melalui Hasil Care Line di talian 03-89111000 atau 603-89111100 (luar negara), HASiL Live Chat dan borang maklum balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.
-- BERNAMA
#LHDN
#Lembaga Hasil Dalam Negeri
#Garis Panduan Operasi
#rujukan dan panduan
#pembayar cukai
#hasil