KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melantik Datuk Mohd Nizom Sairi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM yang baharu berkuat kuasa 19 Oktober 2021.
Beliau yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDNM, menjawat jawatan itu bagi menggantikan Datuk Seri Sabin Samitah.
Menerusi satu kenyataan pada Isnin, LHDNM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sabin atas sumbangan bakti selama beliau berkhidmat di LHDNM.
"LHDNM merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Mohd Nizom Sairi atas pelantikan ini.
"Dengan pengalaman luas Datuk Mohd Nizom Sairi ini sudah pastinya akan membolehkan LHDNM mencapai visi untuk menjadi Pentadbir Cukai Terunggul selari dengan aspirasi membina sebuah Keluarga Malaysia yang terangkum," memetik kenyataan tersebut.
Berikut merupakan latar belakang Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM yang baharu, Datuk Mohd Nizom Sairi:
Pendidikan: Pemegang ijazah sarjana dari Lawrence Technological University, Amerika Syarikat.
Kerjaya: Mula berkhidmat di LHDNM pada 13 November 1985 dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang percukaian langsung merangkumi operasi percukaian, pematuhan dan pungutan cukai, percukaian antarabangsa serta latihan percukaian.
Mohd Nizom pernah memegang beberapa jawatan penting di LHDNM, antaranya:
1) Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan)
2) Pengarah Jabatan Siasatan LHDNM
3) Pengarah Akademi Percukaian Malaysia
4) Pengarah Jabatan Pematuhan Cukai
5) Pengarah Negeri LHDNM Perak
Untuk rekod, Sabin secara rasmi mula memegang jawatan tertinggi LHDNM itu pada 12 Disember 2016 di mana sebelum itu beliau merupakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDN.
Beliau dilantik ke jawatan tersebut bagi menggantikan Tan Sri Mohd Shukor Mahfar.
Ridauddin Daud
Mon Oct 18 2021
![LHDN lantik Mohd Nizom CEO baharu, gantikan Sabin LHDN lantik Mohd Nizom CEO baharu, gantikan Sabin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81634556913_DatukMohdNizomSairi.jpg)
Mohd Nizom pernah memegang beberapa jawatan penting di LHDNM, antaranya Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) dan Pengarah Jabatan Siasatan LHDNM. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![KDNFC nafi peletakan jawatan Timbalan Presiden, CEO kerana isu gaji pemain KDNFC nafi peletakan jawatan Timbalan Presiden, CEO kerana isu gaji pemain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716263557_tbKelantanDarulNai.jpg)
KDNFC nafi peletakan jawatan Timbalan Presiden, CEO kerana isu gaji pemain
Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) menafikan peletakan jawatan Timbalan Presiden KDNFC Datuk Zamri Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Wan Mohd Zul Ikman adalah disebabkan isu pembayaran gaji pemain.
![Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714130818_tbMohdJohWid.jpg)
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
![Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713953324_TonyFernandes.jpg)
Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A
CEO Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.
![Standard Chartered Saadiq Malaysia lantik Bilal Parvaiz sebagai CEO Standard Chartered Saadiq Malaysia lantik Bilal Parvaiz sebagai CEO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61709099038_bilalparvaiz.jpg)
Standard Chartered Saadiq Malaysia lantik Bilal Parvaiz sebagai CEO
Standard Chartered Saadiq Malaysia melantik Bilal Parvaiz sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa 15 Mac 2024.
!['Bagaimana nak jual, KL Rovers bukan milik KLFA' 'Bagaimana nak jual, KL Rovers bukan milik KLFA'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61709007620_TBKLRoversjpg.jpg)
'Bagaimana nak jual, KL Rovers bukan milik KLFA'
Kuala Lumpur (KL) Rovers FC mempersoalkan hak Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) untuk menjual kelab itu sedangkan ia adalah ahli gabungan sejak tahun 2021.
![Bukan untuk djual, KL Rovers hanya sedia runding jual pegangan saham Bukan untuk djual, KL Rovers hanya sedia runding jual pegangan saham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/61708919272_TBKLRoversjpg.jpg)
Bukan untuk djual, KL Rovers hanya sedia runding jual pegangan saham
Kenyataan Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Samad, mengenai penjualan kelab Kuala Lumpur (KL) Rovers, semata-mata demi menampung masalah kewangan adalah tidak tepat.
![Intel tawar perkhidmatan pengeluaran cip kepada AMD, NVIDIA, Qualcomm Intel tawar perkhidmatan pengeluaran cip kepada AMD, NVIDIA, Qualcomm](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51613127911_IntelLogo.jpg)
Intel tawar perkhidmatan pengeluaran cip kepada AMD, NVIDIA, Qualcomm
Apabila Intel Foundry Services beroperasi secara sepenuhnya, Intel akan mempunyai kemampuan untuk membangunkan cip intel tersuai yang hadir dengan teknologi terbina.
![Pengerusi, CEO Aman Palestin didakwa lebih 100 tuduhan pecah amanah, tipu, pengubahan wang haram Pengerusi, CEO Aman Palestin didakwa lebih 100 tuduhan pecah amanah, tipu, pengubahan wang haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51707973538_TBCEOAmanPalesti.jpg)
Pengerusi, CEO Aman Palestin didakwa lebih 100 tuduhan pecah amanah, tipu, pengubahan wang haram
Dua pegawai pengurusan tertinggi Aman Palestin Bhd (Aman Palestin), mengaku tidak bersalah pecah amanah di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini.
![KDA FC umum Shahrul Samsudin pangku tugas CEO KDA FC umum Shahrul Samsudin pangku tugas CEO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51706868455_TBShahrulSamsudin.jpg)
KDA FC umum Shahrul Samsudin pangku tugas CEO
Keputusan itu bertujuan melancarkan pentadbiran dan urusan semasa kelab selepas Khamal Idris Ali meletakkan jawatan tersebut.
![KWSP umum pelantikan Ahmad Zulqarnain sebagai CEO baharu KWSP umum pelantikan Ahmad Zulqarnain sebagai CEO baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71706259022_TBAhmadZulqarnai.jpg)
KWSP umum pelantikan Ahmad Zulqarnain sebagai CEO baharu
Ahmad Zulqarnain akan menggantikan Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, yang telah dilantik sebagai Menteri Kewangan II.